Sunday, 10 November 2013

Pisau Sembelih dan Melapah






Ni adalah hasil pencarian parang di Semporna, Tawau... Jauh betul aku jalan...RM 250... Berbaloi kaaa...? Aku rasa berbaloi kot...bukan senang nak dpt hulu tanduk rusa mcm nih...hehe...konon nak melapah lembu le asalnya...mana taknye...setiap kali melapah, aku kena beli pisau baru...

Mengenai Sugar Glider (SG)



Sejenis haiwan eksotik jenis gliding marsupial kecil. Sugar Glider ni tak da kat malaysia. Ia hanya ada kat area Australia, New guinea,Tasmania dan jugak kat pulau pulau di Indonesia.Walaupun asal sana tapi kat Malaysia, SG ni tetap boleh hidup dan membiak.


Kat Malaysia memang ade pelihara sugar glider ni, tapi tak la ramai sangat mungkin sebab haiwan ni bukan dari negara ni. Haiwan ni terkenal sebagai haiwan peliharaan yang bersaiz poket sebab saiz dia yang kecik dan comel. SG ni bukan tupai terbang  tapi jenis macam kanggaroo sebab yang betina ada kantung kat perut.

SUGAR GLIDER AKTIF PADA WAKTU MALAM DAN MENGHABISKAN MASA WAKTU SIANG DENGAN TIDUR.

SG memang manja dan boleh mati sebab kesunyian, hmmm.. ada sesaper yang manja macam sugar glider?

NAMA MEREKA BERASAL DARI DUA CIRI-CIRI YANG JELAS IAITU 'MADU' MERUPAKAN PILIHAN UTAMA MAKANAN MEREKA DAN MEMPUNYAI MEMBRAN YANG DI SEBUT 'PATAGIUM' UNTUK DIGUNA SEBAGAI PELUNCUR .

APAKAH PERMAKANAN SG DI ALAM LIAR?
GETAH DARI POHON EUCALYPTUS, POKOK ACACIA. POLLEN , MANNA , HONEYDEW , NECTAR DAN SERANGGA KECIL .

BAGAIMANA RUPA SUGAR GLIDER?

SAIZ SUGAR GLIDER DEWASA DARI KEPALA HINGGA BADAN SEKITAR 5 HINGGA 6 INCI PANJANG DENGAN EKOR LEBIH PANJANG DARI BADAN BAGI MEMBANTU KESEIMBANGAN DAN MELUNCUR . BERAT MEREKA BAGI SG JANTAN SEKITAR 100G – 130G DAN SG BETINA SEKITAR 90G

KITARAN HIDUP SG DI ALAM LIAR ANTARA 5-7 TAHUN DAN SG BOLEH HIDUP SEHINGGA 12-15 TAHUN JIKA MEREKA MEMPUNYAI DIET DAN PESEKITARAN YANG BAIK. TETAPI BIASA SG DI AMBIL SEBAGAI HAIWAN EKSOTIK HANYA MAMPU HIDUP SEKITAR 6-8 TAHUN DAN BIASANYA DISEBABKAN POLA PERMAKANAN YANG BURUK DAN RAWATAN YANG TIDAK MENCUKUPI.

BIASANYA SG BERWARNA KELABU ATAU KECOKLATAN DENGAN GARIS HITAN YANG PANJANG SEHINGGA HUJUNG BELAKANG SG DAN HUJUNG EKOR SG BERWARNA HITAM. BAWAH BADAN SG BERWARNA KRIM. SG MEMPUNYAI MATA YANG MENONJOL SEPERTI KEBANYAKAN HAIWAN BERJAGA MALAM AGAR DAPAT MELIHAT RUANG YANG LUAS. SG MEMPUNYAI 5 JARI KAKI DEPAN/BELAKANG DAN KUKU YANG TAJAM . SG MEMPUNYAI PATAGIUM YANG BERSAMBUNG DIANTARA PENGELANGAN TANGAN DAN KAKI AGAR MEMBOLEH SG MELUNCUR.


SG JANTAN 
*BAU INI TIDAK DAPAT DILIHAT JUKA SG BERADA PADA HABITAT YANG BERSIH , DIET YANG BETUL DAN KESIHATAN YANG BAIK
*SG JANTAN AKAN MENGALAMI TANDA BOTAK PADA DAHI DAN DADA
*ZAKAR SG JANTAN BERCABANG YANG BERMAKSUD TERBAHAGI DUA DAN IA SERING DISALAH ANGGAP SEBAGAI CACING
*SG JANTAN MATANG PADA USIA 4 – 12 BULAN AKAN MULA MUNCUL TANDA BOTAK DI DAHI MEREKA

SG BETINA
 *SG BETINA MEMPUNYAI POKET (POUCH) SEPERTI KANGGARU DAN KOALA
 *SG BETINA BIASA MATANG PADA USIA 8-12 BULAN.
 *PADA MUSIM MENGAWAN SG BETINA AKAN MENGELUARKAN BAU UNTUK MENARIK SG JANTAN.

Ni dia SG aku....

 


Pangsuh




Meh belajar buat pangsuh....

Bahan-bahannye...
1. Ikan (aku selalu guna ikan patin)
2. Tempoyak
3. Bawang putih dan merah (kasik tumbuk)
4. Lengkuas (kasik tumbuk)
5. Halia (kasik tumbuk)
6. Cili padi (kasik tumbuk)
7. Garam dan gula
8. Ajinamoto (kalu x pakai pon xpa)
9. Limau nipis (utk cuci ikan)
10. Pucuk ubi.

Cara-caranye...
1. Basuh ikan guna limau nipis.
2. Gaulkan dengan tempoyak sampai sebati.
3. Gaul dengan bawang, halia, cilipadi sampai sebati.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa..dan air jugak (nak dpt kuah)
5. Dah siap semua tuh, apalagi....sumbatlah dalam buluh... Pastu sumbat plak ngan pucuk ubi...utk tutup atas dia...kasik sengattt...hehehe...
6. Bakar dan kalu dah masak, kasik hidang makan ngan nasik...nyum..nyum...